BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, May 9, 2009

PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

KONSEP

PENDIDIKAN: Perkara paling utama dalam menyediakan manusia menghadapi masa depan.
PERUBAHAN: Sesuatu yang tidak dapat dielakkan
Menurut Oliver(1996): Perubahan lebih menggambarkan ciri-ciri pendidikan berbanding kestabilan. Perubahan yang berlaku kadangkala mewujudkan ketidakpastian. Manakala ketidakpastian mesti dielakkan kerana ianya boleh meruntuhkan masa depan palajar


JENIS-JENIS PERUBAHAN

Menurut Dessier (1995) perubahan terbahagi kepada 4:

i) Perubahan kearah peningkatan: Memberi kesan kepada komponen tertentu dalam organisasi.

ii) Perubahan strategik organisasi: Melibatkan perubahan keseluruhan organisasi
- Definisi semula peranan organisasi
- Perubahan nilai teras organisasi
- Perubahan struktur dan strategi organisasi

iii) Perubahan Reaktif(Tindakbalas): Akibat daripada tidakbalas daripada pihak pelanggan atau pihak yang berkepentingan.
- Perubahan dari segi prosedur dan cara layanan pelanggan hendaklah dilakukan

iv) Perubahan akibat daripada jangkaan: Disebabkan dari kesedaran.
- Persiapan berkemungkinan berlakunya perubahan
- Penciptaan teknologi baru yang memerlukan organisasi perubahan
- Persiapan menghadapi polisi kerajaan.
- Perubahan dalam trend tenaga kerja


MODEL-MODEL PERUBAHAN

a) Model penggabungan Roger
- Proses inovasi bermula apabila masalah telah dikenalpasti
- Masalah adalah mungkin berdasarkan penyelidikan
- Kemudian masalah akan disiasat dan bagaimana akan diselesaikan

b) Model Kanter
- Struktur dan inovasi dapat difahami sekiranya dibahagikan kepada 4 perkara:
o Penjanaan idea
o Membina idea
o Merealisasikan idea
o Pemindahan idea

c) Model Rand
- Kajian tindakan untuk memandu ke arah pengumpulan dan analisis data
- Berman & McLaughin: proses melibatkan 3 langkah:
o Daya usaha
o Implimentasi
o Penggabungan (dengan amalan sedia ada)

d) Model Acot
- Kehendak perubahan dalam proses Pengajaran dan pembelajaran berkembang secara beransur-ansur

0 comments: