BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, April 28, 2009

Refleksi Kaedah Mengajar

AKTIVITI 2

KELEMAHAN

Antara kelemahan yang ketara dalam subjek kaedah mengajar pada semester lalu yang dapat dilihat adalah tidak pandai menyesuaikan penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) serta tidak mengaplikasikan teori Psikologi Pendidikan dalam kaedah mengajar.

PENAMBAHBAIKAN

Penambahbaikan yang dirancang adalah :

i) Merancang lebih awal langkah-langkah dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)serta bilakah masa yang sesuai akan digunakan Bahan Bantu Mengajar
ii)Guru harus lebih kreatif supaya Bahan Bantu Mengajar lebih berkesan
iii)Memahami konsep sesuatu teori dengan lebih mendalam dan menyesuaikan penggunaannya di dalam bilik darjah

MATLAMAT

Matlamat umum adalah untuk menjadikan BBm lebih berkesan serta dapat dapat menyesuaikan penggunaannya ketika proses P&P. Selain itu adalah untuk memastikan agar penggunaan teori pembelajaran dapat dilaksanakan.

OBJEKTIF

1) Pelajar mudah memahami kandungan pembelajaran
2) Dapat mengaplikasikan teori psikologi dalam bilik darjah

PELAN TINDAKAN

Langkah-langkah yang diambil:

i) Menyediakan RPH dengan lebih tersusun dan terancang lebih awal
i) Mendapatkan maklum balas daripada pelajar tentang bahan bantu mengajar yang disediakan
iii)Memantau dari masa ke masa perubahan tingkah laku pelajar sebelum, semasa, dan selepas sesuatu teori dijalankan

Refleksi BIG

AKTIVITI 1

Sepanjang aktiviti BIG yang saya ikuti, saya dapati antara kelemahan saya yang paling ketara adalah saya tidak berkemahiran dalam mengurus dan memimpin, disamping itu, sebelum ini saya bukanlah dari jenis yang suka untuk kerja bersama-sama. Selain itu, ada yang mengatakan bahawa saya tidak melakukan perancangan dengan lebih awal serta mempunyai pengurusan yang tidak sistematik.

PENAMBAHBAIKAN

Berdasarkan kelemahan-kelemahan yang diutarakan, antara penambahbaikan yang akan dilakukan adalah:-
i) Perlu lebih terbuka untuk bekerjasama
ii) Melakukan perancangan dengan lebih awal
iii)Perlu belajar untuk kemahiran mengurus dan memimpin

MATLAMAT UMUM

Matlamat utama saya adalah memastikan agar segala penambahbaikan yang dirancang akan dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya.

OBJEKTIF

1) Mampu bekerja bersama-sama dengan orang lain dalam sesuatu tugasan
2) Menyediakan perancangan awal untuk sesuatu aktiviti
3) Mempunyai kemahiran mengurus dan memimpin dengan baik.


PELAN TINDAKAN

Langkah yang perlu diambil:

i) Mendapatkan maklum balas dari rakan serta dari ahli kumpulan BIG tentang kelemahan saya.
ii) Mempelajari kemahiran mengurus dan memimpin melalui program yang akan datang iaitu Rekreasi Dalam Komuniti
iii)Menyediakan perancangan awal bagi sesuatu tugasan yang diberi serta membuat back up plan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diduga.
iv)Mewujudkan kebergantungan terhadap individu lain untuk melahirkan kerjasama.
v) Berfikir positif kearah untuk bekerjasama.

Untuk memastikan apa yang dirancangkan berjalan lancar, saya akan melakukan satu persatu sehingga matlamat utama iaitu untuk memastikan agar segala penambahbaikan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sempurna. Oleh itu, apabila semuanya dapat dicapai, maka saya menilainya sebagai saya sudah Berjaya mengatasi kelemahan yang ada.







Sunday, April 26, 2009

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

DEFINISI

Kajian merupakan langkah-langkah yang digunakan oleh seseorang individu untuk mengumpulkan dan menganalisis data untuk meningkatkan kefahaman tentang sesuatu topik yang dibincangkan.


PROSES KAJIAN SECARA UMUM

Kenalpasti Masalah>>Kajian Kepustakaan>>Tentukan Pendekatan>>Kumpul dan Analisis Data>>Bincang Dapatan>>Lapor Kajian


KEPENTINGAN

Antara kepentingan kajian dilakukan adalah untuk menambah pengetahuan tentang sesuatu perkara yang dibincangkan, untuk menambah baik sesuatu perlakuan, serta boleh membina kemahiran dalam membuat penyelidikan.


JENIS

Kajian terbahagi kepada 4:

i) Individu
ii) Koloboratif
iii) Peringkat Sekolah
iv) Peringkat Daerah