BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, May 25, 2009

KULIAH 5

AKTIVITI 1

Bincangkan satu topik yang berkaitan dengan Kajian Tindakan semasa Seminar Serantau yang lalu bersama dengan rakan berdasarkan point yang dinyatakan di bawah:

APA:

Penerapan Model Pembelajaran Inkuiri Tidak Terbimbing Terhadap Peningkatan Aktiviti Belajar Siswa SMAN 5 Pekanbaru

KENAPA:

Pengkaji melihat bahawa pelajar tidak bebas mengeluarkan idea sendiri semasa melakukan eksperimen di dalam makmal kerana guru menggunakan pembelajaran Inkuiri terbimbing yang mana pelajar terikat dengan apa yang dikata oleh guru.

BAGAIMANA:

Pengkaji telah menjalankan 2 kitaran ( 1 kitaran = 3 waktu pembelajaran)

PROSEDUR:

a) Guru mengenalpasti masalah (Pelajar Pasif Kerana Menunggu arahan Guru)

b) Guru melakukan perancangan

c) Guru menjalankan perancangan (Inkuiri Tidak Terbimbing)

d) Refleksi guru ( Aktiviti Pelajar meningkat dari sebelumnya)


AKTIVITI 2

Membuat satu proposal berkenaan dengan Kajian Tindakan dalam kumpulan (Satu kumpulan 5 orang yang terdiri dari Pelbagai latarbelakang) dan menyerahkan tugasan pada hari Khamis, 28 Mei 2009.


Ulasan Jurnal

ULASAN JURNAL

JURNAL 1: THE ACTION RESEARCH ENDEAVORS OF SIX CLASSROOM TEACHERS AND THEIR PERCEPTIONS OF ACTION RESEARCH. DEBORAH SARDO-BROWN.

JURNAL 2: COLLABORATIVE ACTION RESEARCH TO DEVELOP THE USE OF SOLUTION-FOCUSED APPROACH. JO SIMM AND RACHEL INGRAM.2008

JURNAL 3: USING ACTION RESEARCH TO IMPROVE TEACHING AND STUDENT LEARNING IN COLLEGE. C.DIANNE RAUBENHEIMER AND JENNIFER I. MYKA

1. BANDING BEZA

a) Sampel

Jurnal 1: Guru kelas

Jurnal 2: Murid

Jurnal 3: Pelajar kolej

b) Setting

Jurnal 1: Di enam kelas yang berbeza ( 2 di Sekolah Rendah, 2 di Sekolah Menengah, 2 di Sekolah Tinggi)

Jurnal 2: Di empat buah Sekolah Rendah

Jurnal 3: Makmal Zoologi

c) Prosedur


Jurnal 1:

- Kenal pasti Masalah

- Melakukan Perancangan

- Melaksanakan Perancangan

- Analisis Data


Di dalam jurnal ini terdapat enam sampel yang mana setiap sampel mempunyai prosedur yang hampir sama dalam menjalankan kajian mereka.


Jurnal 2:


- Perancangan

- Tindakan (Aplikasikan di dalam Sekolah)

- Refleksi


Jurnal 3:


- Analisis Masalah

- Perancangan

- Tindakan

- Pemerhatian

- Refleksi


Dalam jurnal ini, penulis melakukan tiga kitaran yang mana setiap kitaran mempunyai perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi

d) Pengumpulan dan Analisis Data

Jurnal 1: Ujian Pra dan Pos, penyoalan Terbuka, Kajian Eksperimental, Pemerhatian, Ujian Skala Likert

Jurnal 2: Temuramah

Jurnal 3: Pemerhatian




Saturday, May 23, 2009

Ulasan Buku (Bahagian II)

BAB 4: ANALISIS DATA

Freeman (1988) mengenalpasti empat perkara yang dilakukan untuk menganalisis data; a) Menamakan b) Mengkategorikan c) Mencari perkaitan d) Menunjukkan hasil kajian.


BAB 5: MENULIS LAPORAN

Menulis laporan bermakna kita menjelaskan kajian dan hasil dapatan. Oleh itu, ianya mestilah jelas dan tersusun. Gaya penulisan yang digunakan mestilah menjurus kepada apa yang dikaji, jelas, menggunakan bahasa yang standard serta elakkan guna bahasa yang tidak formal dan terlalu panjang. Selain itu, cuba untuk menggunakan kebijaksanaan untuk menarik minat orang yang membaca, jangan terlalu kita jangkakan bahawa semua pembaca mengetahui apa yang ditulis, oleh itu, bersedia untuk menjelaskan kepada pembaca apakah kekeliruan yang berlaku. Selain itu, isi yang dikaji mestilah berkenaan dengan keadaan yang sebenar. Apa yang penting dalam penulisan laporan adalah rujukan dari penulis yang ber autoriti, bagi maklumat yang bersumberkan internet hendaklah dinyatakan penulisnya, laman web serta tarikh capaian. Perkara yang utama dalam penulisan laporan adalah; a) Muka depan b) Penghargaan c) Senarai Kandungan d) Abstrak/Ringkasan/Sinopsis e) Pengenalan f) Kajian Kepustakaan g) Motodologi h) Hasil Dapatan i) Analisis/Penilaian/Perbincangan j) Kesimpulan k) Cadangan l) Bibliografi m) Appendix.


BAB 6 : FAEDAH DARI KAJIAN TINDAKAN

Dalam bidang akademik, kita perlu berkongsi apa yang telah dijalankan sebagai satu dari prosedur penilaian, contohnya, pembentangan hasil dapatan kepada sesama sendiri, soal jawab dan sebagainya. Ianya juga disebut sebagai Viva yang mana kita diberi masa yang singkat untuk menjawab soalan yang diberi. Soalan yang diberi adalah meliputi semua perkara yang berkaitan dengan apa yang dikaji. Selain itu, melalui pengkajian, kita dapat bekerja sebagai satu kumpulan. Untuk melaksanakan sesuatu projek, perkara yang perlu diambil berat untuk menyelesaikan masalah adalah berani mengambil risiko, penetapan matlamat, berkongsi dapatan serta jaringan maklumat. Bekerja secara berkumpulan adalah suatu yang sangat unik kerana berlandaskan kepada kepercayaan, saling memahami dan menghargai kekuatan setiap ahli kumpulan. Melalui kajian juga, kita berpeluang bekerja bersama dengan orang lain.

Ulasan Buku (Bahagian I)


BAB 1: PENGENALAN KAJIAN TINDAKAN

Kajian merupakan pengumpulan, pembentangan, dan proses analisis data yang sistematik. Kajian yang menggunakan pengumpulan data sebagaimana yang sering digunakan dalam sesebuah organisasi memerlukan kita membuat satu teori atau berhubungkait dengan masalah yang lebih praktikal. Kita memerlukan kajian kerana; i) Untuk meningkatkan proses Pengajaran dan pembelajaran, oleh itu semua pihak harus memainkan peranan dari kakitangan sekolah sehinggalah kepada staff pentadbiran bagi menjamin kualiti sesebuah proses Pengajaran dan Pembelajaran. ii) Menjana teori baru, McNiff dan Whitehead (2005) menyatakan bahawa kajian tindakan memainkan peranan yang penting untuk membolehkan guru melibatkan diri dalam menghasilkan sesuatu teori kerana guru mempunyai kuasa untuk membina teori dan memperkenalkannya. Oleh itu, satu rangka kerja yang sistematik harus wujud untuk menjana teori bagi meningkatkan kualiti Pengajaran dan Pembelajaran. iii) Melihat perkembangan kemahiran berfikir dikalangan pelatih, kajian tindakan merupakan satu alat yang paling berguna untuk perkembangan pemikiran dan telah dikaji oleh Schon dan Brockbank et. al (2002). Amalan berfikir adalah belajar tentang diri sendiri dan apa yang difikirkan (metakognisi). Kita akan cuba mengaitkan sesuatu yang baru diterima dengan pengetahuan yang sedia ada. Salah satu cara untuk perkembangan reflektif adalah melalui menyatakan kembali apa yang difikirkan. Ini boleh dilakukan melalui penulisan jurnal, diari dan sebagainya. Dalam penulisan ini kita boleh menyatakan apa yang dilakukan semasa melakukan kajian tindakan, kenapa dan bagaimana melakukannya. Kita boleh juga menyatakan idea, perasaan, kedudukan, serta hipotesis serta perkara yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan.

Pelbagai pendekatan dan metodologi yang digunakan dalam melakukan kajian. Antaranya; a) Positivisme, pendekatan yang bercanggah dengan kehendak semasa yang mahukan bukti emprikal dan pemerhatian saintifik dan dapatan kajian mestilah benar dan fakta semata. Pendekatan ini secara umumnya menggunakan kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan, dengan cara ini kajian dapat dilihat sebagai suatu yang objektif. Namun, pendekatan ini tidak dapat menjawab pertanyaan ‘kenapa’. b) Interpretivisme, anti-positivisme dan perspektifnya adalah pendekatan kualitatif yang man pengkaji mengambil berat untuk memahami persepsi individu terhadap sesuatu. Oleh itu, penjelasan amat penting. c) Kajian Eksperimental, berbentuk positivisme, kajian kuantitatif dan biasanya terdapat hipotesis yang mana eksperimen digunakan untuk menentukan sesuatu itu benar atau sebaliknya. d) Kajian Kes, pendekatan yang digunakan bagi individu yang mahu mengkaji sesuatu masalah atau isu. Maka, hasil dapatan akan menunjukkan terhadap sesuatu perkara, individu, atau fenomena yang dikaji. e) Ethnography, kajian terhadap budaya sesuatu kumpulan atau etnik dalam sesebuah masyarakat memerlukan pemerhatian yang teliti.

Justeru, kajian tindakan adalah cara yang paling berkesan dalam mengubah dan meningkatkan sesuatu dari tahap yang biasa. Ianya sangat praktikal sebagai penyelesai masalah. Levin (1946) menyatakan kitaran kajian tindakan merangkumi perancangan, tindakan, pemerhatian dan menilai kesan dari tindakan yang dijalankan.


BAB 2: MELAKUKAN PENCARIAN DAN KAJIAN KEPUSTAKAAN

Kajian tindakan adalah fokus kepada isu yang timbul dalam masyarakat setempat. Blaxter mengatakan perlunya kita mengeluarkan isi penting kerana maklumat yang disampaikan di dalam kajian berdasarkan kepada maklumat yang dicari. Ianya boleh diperolehi dari buku, jurnal, majalah dan sebagainya. Di dalam mencari maklumat, kita tidak perlu membaca setiap patah huruf yang terdapat di dalam sumber berkenaan. Terdapat beberapa cara membaca yang cepat dan berkesan untuk digunakan; i) Mengimbas, untuk melakukan pencarian, cari kata kunci, nama frasa. Pastikan sama ada ianya adalah isi penting atau indeks serta tentukan yang manakanha patut kita gunakan di dalam kajian. ii) Skimming, membentuk idea atau pendapat berdasarkan apa yang dibaca melalui bab, tajuk, serta keseluruhan isi dari sumber yang dibaca. iii) Menbaca untuk Faham, sebelum memulakan pembacaan, sediakan 1 atau 2 soalan yang dijangka sumber berkenaan dapat memberikan jawapan. Lakukan sedikit nota seperti kata kunci, ianya dapat membantu sepanjang proses pembacaan. iv) Bacaan laju, membaca dengan memberi fokus kepada perkataan atau kumpulan perkataan. Pencarian maklumat boleh dilakukan melalui perpustakaan yang sememangnya menjadi tempat sumber ilmu atau melalui kemudahan internet yang merupakan sumber maklumat yang luas dan terkini. Setelah mengenalpasti fokus utama kajian, kita hendaklah mengenalpasti beberapa kata kunci yang berkaitan dengan tajuk yang dikaji supaya pencarian maklumat yang berkaitan dengan tajuk mudah untuk diperoleh. Selain itu, kita boleh menggunakan kaedah brainstorming.


BAB 3: MENGUMPUL MAKLUMAT

Setelah kita menentukan fokus kajian tindakan, perkara yang seterusnya diambil perhatian adalah pengumpulan maklumat dan data. Dalam kajian tindakan, maklumat dikumpul semasa kitaran kajian dilakukan. Kemudian ianya dianalisis dan hasil kajian digunakan untuk tindakan yang selanjutnya. Pelbagai kaedah yang digunakan untuk mengumpul maklumat, apa yang penting ianya harusnya mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan. Antara metodologi yang digunakan dalam mengumpul maklumat adalah melalui; a) Pemerhatian, adalah bukan satu yang mudah kerana memerlukan kombinasi antara semua deria(lihat, dengar, rasa, bau) dan persepsi. Pemerhatian bukan hanya melihat tetapi memerlukan penelitian, merekodkan, dan menganalisis apa yang dilihat. Kaedah ini terlalu subjektif dan mungkin berlaku bias. Kita boleh merekodkan apa yang dilihat itu di dalam dairi kajian yang meliputi data pemerhatian secara umum, refleksi, serta data pengalaman. b) Penyoalan (questionnaires), adalah satu set soalan yang memerlukan orang ramai menjawab. Dalam membuat penyoalan kita hendaklah memastikan soalan yang diberikan adalah jelas, ringkas dan mudah difahami. Penyoalan terbahagi kepada dua jenis iaitu jenis terbuka dan jenis tertutup. Jenis terbuka adalah jenis yang mana responden bebas mengeluarkan pendapat manakala soalan berbentuk tertutup adalah pengkaji menghadkan penyoalan. c) Temubual, lebih fleksibel daripada penyoalan. Dengan cara ini, pengkaji dapat mengikuti idea dari responden secara terus. Sebelum melakukan temuramah, hendaklah mengetahui apa yang hendak ditanya kepada responden.