BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, June 12, 2009

Kuliah 9 (iii)

SIMPAN

· Penyimpanan data mestilah sistematik

· Cuba fahamkan maklumat yang ingin disampaikan oleh data

· Cari tema

· Susun data berdasarkan kepada apa yang dipelajari daripada data

· Masukkan semua data termasuk semua data sokongan

· Baca dan baca data lebih dari sekali

· Bina imej visual

· Tulis nota ringkas untuk diri sendiri

· Kongsi dapatan, perbincangan akan membuka persoalan yang baru

· Jadikan data seolah-olah menceritakan hal yang sebenar

ANALISIS

· Analisis semua data

· Cari tema dan pola

· Sekiranya terlalu banyak tema ringkaskan kepada 3-5 idea

· Lihat dan semak tema

· Jika perlu bina subtema

· Simpan nota secara berterusan, malah dapatan kadangkala boleh mengejutkan kita

· Semak maklumat untuk cari idea

· Kenal pasti point utama

· Cari maklumat yang menyokong.

Kuliah 9 (ii)

KEGUNAAN PLAN-DO STUDY-ACT-CYCLE-PLAN

PLAN

· Menilai dan meringkaskan semua data yang ada

· Analisis dan kenal pasti tema utama

· Kenal pasti sumber data yang akan memberi ukuran proses penambahbaikan

DO

· Kumpul data

· Buat kajian rintis untuk memastikan strategi pengukuran dipenuhi

STUDY

· Menganalisis data yang telah dikumpulkan dan buat kesimpulan

ACT

· Kenal pasti soalan tambahan

· Rancang untuk penambahbaikan yang berterusan

ü Mengumpulkan data dan analisis data merupakan proses berterusan dalam penyelidikan tindakan

ü Kita mungkin tidak memperoleh keputusan yang kita kehendaki

ü Dapatan kajian bertujuan untuk memperbaiki pengajaran seterusnya

Kuliah 9

ANALISIS DATA

Analisis data adalah satu proses yang menggunakan data untuk memberikan maklumat yang berguna untuk mencadangkan kesimpulan dan menyokong keputusan. Pastikan terdapat 3 atau lebih jenis data untuk dianalisis. Semua data kualitatif dan kuantitatif boleh disampaikan dalam bentuk grafik untuk membantu proses analisis.

KENAPA??

Untuk mencari pola, kategori, persamaan, menerangkan trend serta pertanyaan.


LANGKAH LANGKAH MENGANALISIS DATA KUALITATIF


LANGKAH 1

- Lihat secara sekali lalu maklum balas

- Ambil nota berdasarkan tema yang muncul

- Cari item yang berulang dan penting.

LANGKAH 2

- Pilih 2 atau 3 tema/kategori yang muncul dan bina matriks

- Cuba buat carta bukti yang berkaitan dengan tema utama

- Tempatkan tema/ kategori di atas dan senaraikan hasil dapatan dibahagian tepi

- Gunakan kod warna yang berbeza bagi membezakan antara perbualan guru dan pelajar

LANGKAH 3

- Bincang tinjauan dengan pendidik lain

- Baca tinjauan, highlight kata kunci yang berkaitan dengan tema/kategori yang telah dikenal pasti

- Rekodkan dapatan dalam kotak yang bersesuaian dalam carta matriks yang dibina

LANGKAH 4

- Tanya (Apa yang saya telah dapat??)

- Rekod pemerhatian pola yang muncul semasa melihat pola

- Tulis/ rekodkan pemerhatianbawah matriks

- Nyatakan sokongan dari bacaan jurnal.

LANGKAH 5

- Apa kesimpulan yang boleh dibuat

- Rekodkan kesimpulan sama ada bawah matriks atau di atas kertas lain

LANGKAH 6

- Apa langkah yang boleh dibuat?

· Tinjauan (soal selidik, temu bual dll)

· Semak semula persoalan kajian

· Bina modul

· Jangan lupa rekod apa yang dibuat dalam matriks

· Apa maklumat yang masih diperlukan daripada pelajar atau guru.

Tuesday, June 9, 2009

Kuliah 8

Kami telah diberikan satu kuiz berkenaan dengan Kajian Tindakan. Sebelum itu, ada pembentangan berkenaan dengan proposal yang telah dihantar. Masih terdapat ramai kumpulan yang tidak menepati apa yang diinginkan oleh pensyarah. Oleh itu, beliau telah menyenaraikan apa yang perlu ada pada prosposal:

1- Latar belakang masalah

2- Tujuan

3- Objektif kajian

4- Persoalan kajian

BAB 2: Kajian Kepustakaan

BAB 3: Prosedur Kajian

BAB 4: Pengumpulan Data

BAB 5: Dapatan Kajian

BAB 6: Perbincangan