BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, June 12, 2009

Kuliah 9

ANALISIS DATA

Analisis data adalah satu proses yang menggunakan data untuk memberikan maklumat yang berguna untuk mencadangkan kesimpulan dan menyokong keputusan. Pastikan terdapat 3 atau lebih jenis data untuk dianalisis. Semua data kualitatif dan kuantitatif boleh disampaikan dalam bentuk grafik untuk membantu proses analisis.

KENAPA??

Untuk mencari pola, kategori, persamaan, menerangkan trend serta pertanyaan.


LANGKAH LANGKAH MENGANALISIS DATA KUALITATIF


LANGKAH 1

- Lihat secara sekali lalu maklum balas

- Ambil nota berdasarkan tema yang muncul

- Cari item yang berulang dan penting.

LANGKAH 2

- Pilih 2 atau 3 tema/kategori yang muncul dan bina matriks

- Cuba buat carta bukti yang berkaitan dengan tema utama

- Tempatkan tema/ kategori di atas dan senaraikan hasil dapatan dibahagian tepi

- Gunakan kod warna yang berbeza bagi membezakan antara perbualan guru dan pelajar

LANGKAH 3

- Bincang tinjauan dengan pendidik lain

- Baca tinjauan, highlight kata kunci yang berkaitan dengan tema/kategori yang telah dikenal pasti

- Rekodkan dapatan dalam kotak yang bersesuaian dalam carta matriks yang dibina

LANGKAH 4

- Tanya (Apa yang saya telah dapat??)

- Rekod pemerhatian pola yang muncul semasa melihat pola

- Tulis/ rekodkan pemerhatianbawah matriks

- Nyatakan sokongan dari bacaan jurnal.

LANGKAH 5

- Apa kesimpulan yang boleh dibuat

- Rekodkan kesimpulan sama ada bawah matriks atau di atas kertas lain

LANGKAH 6

- Apa langkah yang boleh dibuat?

· Tinjauan (soal selidik, temu bual dll)

· Semak semula persoalan kajian

· Bina modul

· Jangan lupa rekod apa yang dibuat dalam matriks

· Apa maklumat yang masih diperlukan daripada pelajar atau guru.

0 comments: