PENGUMPULAN DATA
Pengenalan
Walaupun terdapat banyak cara yang digunakan untuk mengumpul data namun, ianya tidak menjanjikan kualiti yang baik. Penyelidikan tidak akan menjadi kecuali dilakukan dengan sempurna. Oleh itu, kita perlu berusaha dengan lebih gigih untuk mendapatkan kualiti yang tinggi. Terdapat tiga sebab yang utama 1) Tanggungjawab kepada pelajar.2) Keperluan kepada kecekapan diri dan orang lain. 3)Keperluan untuk mengubah kepada yang lebih baik dengan melakukan kajian tindakan.
Kriteria
1) Kesahan
- Merujuk kepada kebenaran data.
- Dengan mengetahui sama ada data sebenar mengukur fenomena yang dikaji
2)Kebolehpercayaan
- Ketepatan data
- Masalah berlaku apabila data diambil dari sampel yang kecil.
- Untuk penambahbaikkan data kita perlu bertanyakan beberapa soalan, antaranya:-
# Apakah maklumat ini merupakan perwakilan yang tepat untuk menggambarkan realiti?
# Bolehkah saya memikirkan sekarang sebab untuk syak kepada letepatan data?
Mengumpul Data
>> Apakah jenis data untuk menjawab persoalan kajian
>> Bagaimana kita hendak memastikan terdapat perlbagai perspektif
Alat Pengumpulan
Antara alat yang boleh digunakan untuk mengumpul data adalah:-
# Pemerhatian
# Nota Guru
# Kerja Pelajar
# Refleksi Pelajar
# Jurnal pelajar
# Ujian
# Tinjauan Soal selidik
# Temuduga/ Temuramah
Monday, June 1, 2009
KULIAH 6 (Puan sakinah)
Posted by Junaidon Abdul Majid at 12:51 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment