BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, May 12, 2009

KULIAH 3

PERUBAHAN ADALAH KOMPLEKS

:: Dikaitkan dengan Evolusi dan revolusi

- Evolusi: Perubahan yang menghasilkan kesan sedikit dalam tempoh yang panjang yang boleh menyebabkan perubahan ketara dalam status quo

- Revolusi: Perubahan yang pantas dan boleh meninggalkan kesan yang buruk sekiranya tidak dikawal


PERUBAHAN ADALAH MULTIDIMENSI


:: Enam dimensi yang perlu difahami:

1) Perubahan terancang untuk capai tujuan tertentu

- Tujuannya adalah untuk penambahbaikkan
- Perubahan melibatkan 2 pindaan

i) Perubahan dibuat untuk kembali kepada asal serta untuk meningkatkan pencapaian tanpa mengubahnya

ii)Melibatkan perubahan drastik dalam aspek sesuatu sistem seperti matlamat, kedudukan serta corak perhubungan sistem

2) Unit perubahan merujuk kepada fokus utama. Unit terdiri daripada individu, kumpulan, jabatan, organisasi, sistem organisasi dan komuniti

3) Sifat perubahan: Perubahan individu untuk menghasilkan perubahan yang lebih besar( contoh: sikap individu perlu diubah untuk mengubah organisasi)

4) Magnitud perubahan: Merujuk sejauhmana perubahan yang dirancang akan dilaksanakan

5) Skop perubahan: Sejauhmana penambahbaikkan dalam perubahan dapat ditentukan dengan menggunakan instrumen penilaian

6) Jangkamasa perubahan: perubahan yang kekal adalah perubahan yang berjaya dilaksanakan berbandung perubahan yang memberi kesan yang sementara. Kottier (2001) menyatakan 3 jenis perubahan:

i) Perubahan spontan: tidak memberi kesan yang mendalam
ii) Perubahan minima: melalui penentangan awal
iii) Perubahan berterusan: Perubahan yang stabil, progresif dan kekal.

0 comments: