BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, April 28, 2009

Refleksi BIG

AKTIVITI 1

Sepanjang aktiviti BIG yang saya ikuti, saya dapati antara kelemahan saya yang paling ketara adalah saya tidak berkemahiran dalam mengurus dan memimpin, disamping itu, sebelum ini saya bukanlah dari jenis yang suka untuk kerja bersama-sama. Selain itu, ada yang mengatakan bahawa saya tidak melakukan perancangan dengan lebih awal serta mempunyai pengurusan yang tidak sistematik.

PENAMBAHBAIKAN

Berdasarkan kelemahan-kelemahan yang diutarakan, antara penambahbaikan yang akan dilakukan adalah:-
i) Perlu lebih terbuka untuk bekerjasama
ii) Melakukan perancangan dengan lebih awal
iii)Perlu belajar untuk kemahiran mengurus dan memimpin

MATLAMAT UMUM

Matlamat utama saya adalah memastikan agar segala penambahbaikan yang dirancang akan dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya.

OBJEKTIF

1) Mampu bekerja bersama-sama dengan orang lain dalam sesuatu tugasan
2) Menyediakan perancangan awal untuk sesuatu aktiviti
3) Mempunyai kemahiran mengurus dan memimpin dengan baik.


PELAN TINDAKAN

Langkah yang perlu diambil:

i) Mendapatkan maklum balas dari rakan serta dari ahli kumpulan BIG tentang kelemahan saya.
ii) Mempelajari kemahiran mengurus dan memimpin melalui program yang akan datang iaitu Rekreasi Dalam Komuniti
iii)Menyediakan perancangan awal bagi sesuatu tugasan yang diberi serta membuat back up plan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diduga.
iv)Mewujudkan kebergantungan terhadap individu lain untuk melahirkan kerjasama.
v) Berfikir positif kearah untuk bekerjasama.

Untuk memastikan apa yang dirancangkan berjalan lancar, saya akan melakukan satu persatu sehingga matlamat utama iaitu untuk memastikan agar segala penambahbaikan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sempurna. Oleh itu, apabila semuanya dapat dicapai, maka saya menilainya sebagai saya sudah Berjaya mengatasi kelemahan yang ada.







0 comments: